SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN PASIR 1923-2011
Sekolah
Kebangsaan Bagan Pasir terletak di tepi jalan raya antara Teluk Intan dengan
Bagan Datoh bersebelahan Balai Polis Rungkup, iaitu kira-kira 32 km dari bandar
Teluk Intan. Sekolah ini pada mulanya dinamakan Sekolah Melayu Bagan Pasir dan
telah didirikan pada 10 Mac 1923 di atas tanah simpanan kerajaan di Tebuk Haji
Wahab Tengah oleh orang kampung diketuai oleh Ketua Kampungnya Encik Endut. Bangunan yang berukuran 30’ x 20’ ini diperbuat
daripada kayu kayan hutan dan beratapkan nipah menampung seramai 48 orang murid
pada masa itu.
Bangunan sekolah ini telah runtuh pada 1928 dan dibina
semula oleh kerajaan pada 1929 di atas tapak sekarang, iaitu di tanah kerajaan
Lot 3444. Disamping bangunan sekolah ini tiga buah rumah guru juga dibina.
Bangunan kayu nibong dan atap nipah ini menampung seramai 110 orang murid dan 4
orang tenaga pengajar.
Pada Jun 1939,
kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh kekal berukuran 105’ x 25’
beratap genting, berlantaikan simen bagi menampung murid yang meningkat ke
angka 160 orang pada tahun 1938.
![]() | ||
Didirikan pada tahun 1956 dan 1958. Bangunan
ini telah dinaiktaraf pada tahun 1996 |
Pada 1 Mac 1956,
kerajaan telah membina sebuah bangunan cawangan berukuran 90’ x 25’. Bangunan
ini mengandungi 3 buah bilik darjah dan mula digunakan pada 1 Mac 1958 dengan
360 orang murid dan 12 orang guru. Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan
Sekolah Umum Bagan Pasir. Pada 1 Januari 1958 sebuah lagi bangunan cawangan
dibina oleh kerajaan bagi menggantikan bangunan sementara yang ada untuk
menampung 450 orang murid dengan 12 orang guru. Ibu bapa pula telah mendirikan
sebuah kantin sementara. Kelas Pertukangan Kayu dengan 20 orang murid diadakan
pada tahun 1959.
Sekolah ini terus
maju dan bilangan muridnya meningkat ke 454 orang dengan 19 orang guru pada
tahun 1961. Sekolah ini telah dijadikan Pusat Kursus Hisab dan Sains bagi
Daerah Hilir Perak pada tahun 1971.
Pada 1 Jun 1978 kerajaan telah
mendirikan bangunan kekal yang ada sekarang. Bangunan ini telah digunakan pada
1 Ogos 1983 dan telah diramsikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak pada 29
November 1983. Sekolah ini telah mendapat bantuan Rancangan Bank Dunia bagi
beberapa jenis peralatan sekolah. Sekolah ini telah dijadikan salah satu dari
Rancangan Pusat Sumber Daerah bagi Daerah Hilir Perak. Pada masa itu jumlah
muridnya dalah seramai 302 orang dan 16 orang tenaga pengajar. Sekolah ini juga
mempunyai seorang Kerani, Pelayan Pejabat, Tukang Sapu, Tukang Kebun dan Jaga.
![]() | |
Bangunan kekal yang ada sekarang dibina pada 1978 |
Pada tahun 1991,
sekolah ini mendapat peruntukan daripada Y.A.B Menteri Pelajaran waktu itu
sebanyak RM10000 bagi membina gelanggang permainan serbaguna berukuran 110’ x
60’ pengurusan PLB.Pada tahun ini juga Kelas Pra Sekolah diadakan di sekolah
ini dan guru yang pertamanya adalah Puan Zaharah bt.Hariri.
Pada tahun 2000,
sekolah ini mendapat bangunan tambahan berukuran 120’ x 20’ bagi menempatkan 4 buah bilik darjah di bawah
pengurusan PLB.Pada tahun ini juga Kelas Pra Sekolah diadakan di sekolah ini
dan guru yang pertamanya adalah Puan Zaharah bt.Hariri.
Pada tahun 2000,
sekolah ini mendapat bangunan tambahan berukuran 120’ x 20’ bagi menempatkan 2 buah bilik, sebuah bengkel
Kemahiran Hidup dan sebuah prasekolah.
![]() |
Gelanggang Permainan
|
Dibawah peruntukan
Kementerian Pelajaran Malaysia sekolah ini mendapat sebuah Makmal Komputer
dengan 22 buah komputer di bawah Program Pengkomputeran Sekolah Fasa I pada
tahun 2000 di atas tapak rumah guru dan telah diserahkan kepada pihak sekolah
pada tahun 2002. Mulai 14 Februari 2005 Program J-Qaf telah dijalankan di
sekolah ini dengan mendapat tambahan 3 orang guru agama.
![]() |
Makmal Komputer
|
Sebuah Pra Sekolah yang baru
telah dibina pada tahun 2007di bahagian belakang kantin dan telah digunakan
pada sesi persekolahan tahun2008 dan mendapat seorang lagi guru pra sekolah beserta pembantu.
Dalam RMK9 sekolah ini mendapat satu
blok bangunan gantian bagi mengganti bangunan gotong-royong yang didirikan pada
tahun 1956 yang telah uzur. Pembinaan bangunan ini bermula pada bulan Jun 2009
dan mula diguna pada 3 Januari 2011. Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah
PejabatPentadbiran, sebuah bilik Guru Besar, tiga buah bilik Penolong Kanan,
sebuah Bilik Tetamu, Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, bilik BBM, Makmal Sains,
Bengkel Kemahiran Hidup, Setor Sukan, Bilik BOSS, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan
j-Qaf dan 2 unit Surau.
![]() |
Bangunan Pra Sekolah2 ( 2007 ) |
![]() |
Bangunan Tambahan 4 bilik darjah |
Bangunan gantian digunakan pada sesi
persekolahan 2011