Sunday, March 18, 2012

Calon UPSR 2012


Majlis Interaksi Guru dan Ibu bapa

Pada 24 Februari yang lalu satu Majlis Interaksi antara guru dan ibu bapa murid-murid tahun 6 telah diadakan di Dewan Bestari SK Bagan Pasir. Dalam majlis tersebut beberapa persetujuan telah dicapai bagi memastikan program-progam kecemerlangan bagi calon-calon UPSR 2012 berjalan dengan lancar dan memastikan juga keputusan yang cemerlang di perolehi oleh calon-calon tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Sambutan Maulidur Rasul perungkat Sekolah telah diadakan pada 17 Februari yang lalu. Beberapa aktiviti telah dilansungkan bagi memeriahkan majlis tersebut.
 Acara kemuncak bagi majlis tersebut ialah dengan mengadakan perarakan bermula di dataran sekolah menuju ke Taman Bagan Pasir Batu 20 dan kembali semula ke Dataran sekolah. Perarakan tersebut melibatkan guru, murid dan ibu bapa.



Sila klik sini untuk melihat gambar seterusnya.